MatchPoint Times

Home

1.1 juta pekerja berisiko terjejas jika tak runding tarif AS, kata Tengku Zafrul

Cover Image for 1.1 juta pekerja berisiko terjejas jika tak runding tarif AS, kata Tengku Zafrul

Sebarang perubahan dalam dasar perdagangan AS khususnya tarif timbal balas terhadap Malaysia akan beri kesan langsung kepada ekonomi dan kepentingan negara.

PETALING JAYA: Kira-kira 1.1 juta pekerja daripada lebih 7,700 syarikat Malaysia yang mengeksport ke Amerika Syarikat (AS) berisiko terjejas jika tidak berunding dengan negara itu berhubung isu tarif.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Aziz, berkata nilai perdagangan Malaysia dengan AS mencatatkan pertumbuhan sebanyak 15.4% kepada RM270.88 bilion antara Januari hingga September, berbanding RM234.68 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.

Katanya, berdasarkan jumlah dagangan yang besar itu, sebarang perubahan dalam dasar perdagangan AS khususnya pengenaan tarif timbal balas terhadap Malaysia akan memberi kesan langsung kepada ekonomi dan kepentingan negara jika kerajaan tidak menanganinya secara berhemah menerusi rundingan.

Tags:ASpekerjatarifTengku Zafrul


Putin orders proposals on resumption of nuclear testing

Russian President Vladimir Putin says if the US or any nuclear power tested such a weapon, then Russia would do so too.

🟡Reuters

DAP to unveil Sabah polls candidates on Saturday

Sabah DAP deputy chief Chan Foong Hin says the party continues to enjoy a strong presence in Sandakan despite Frankie Poon’s exit.

🟡FMT Reporters