PETALING JAYA: Tiga lelaki berjaya menyelamatkan diri, manakala seorang masih hilang selepas bot dinaiki mereka karam di sebatang sungai di Ladang Temenggong, Kinabatangan.
Mangsa hilang ialah Adzly Kassim, 46, hilang.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Hairi Otuh, berkata sepasukan anggota mengambil masa tiga jam untuk sampai ke lokasi terletak kira-kira 115km selepas menerima panggilan pada 11.49 pagi tadi.