BEIRUT: Angka kematian akibat serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah bangunan di Bandar Riyaq dalam Daerah Baalbek, timur Lubnan, meningkat kepada 10 orang, manakala lebih 30 lagi cedera mengikut statistik awal, lapor Anadolu Ajansi memetik media tempatan.
Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA) pada Jumaat malam melaporkan 10 terbunuh dan lebih 30 kecederaan direkodkan dalam jumlah tidak muktamad susulan serangan Israel ke atas sebuah bangunan di Riyaq, sambil menambah operasi mencari dan menyelamat bawah runtuhan masih diteruskan.
Kumpulan Hizbullah pula mengumumkan kematian pemimpinnya, Hussein Mohammad Yaghi dalam serangan Israel di Riyaq.
