MatchPoint Times

Home

12 maut runtuhan tebing sungai di Peru

Cover Image for 12 maut runtuhan tebing sungai di Peru

Tiga kanak-kanak antara mangsa korban, manakala 30 lagi mangsa hilang selepas runtuhan tebing sungai menyebabkan dua bot penumpang terbalik di Sungai Ucayali.

BOGOTA: Sekurang-kurangnya 12 maut, manakala 30 lagi hilang selepas runtuhan tebing sungai menyebabkan dua bot penumpang terbalik di Sungai Ucayali, Peru, pada Isnin, lapor Anadolu Ajansi memetik pihak berkuasa.

Kejadian berlaku pada awal pagi dekat pelabuhan Iparia, sebuah lokasi terpencil yang mengambil masa lebih sehari perjalanan menaiki bot dari Pucallpa, ibu negara wilayah Ucayali.

Menurut Pusat Operasi Kecemasan Pertahanan (Coen) Peru, hakisan tebing yang berlaku secara tiba-tiba menyebabkan tanah runtuh ke sungai, mencetuskan aliran air kuat yang mengganggu kestabilan bot.

Tags:BOTPeruruntuhantebing sungaiterbalik


Anwar announces RM500mil for flood repairs

He says all departments under the state and federal governments have been told to conduct damage assessments and begin repair work immediately.

🟡Bernama

Mudir madrasah didakwa lagi 3 tuduhan amang seksual, seks luar tabii

Mohamad Aswadi Yah sebelum ini berdepan 18 pertuduhan seksual di Kelantan, Terengganu dan Perak.

🟡FMT Reporters