MatchPoint Times

Home

130 anak kapal diserang torpedo AS tanpa amaran, kata menteri luar Iran

Cover Image for 130 anak kapal diserang torpedo AS tanpa amaran, kata menteri luar Iran

Seyed Abbas Araghchi berkata kapal itu diserang di perairan antarabangsa selepas menjadi tetamu Tentera Laut India.

ISTANBUL: Menteri luar Iran berkata seramai 130 anak kapal berada di atas kapal perang Iran yang diserang Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, di luar pantai Sri Lanka, lapor Anadolu Ajansi.

“AS melakukan kekejaman di laut, 2,000 batu dari pantai Iran. Frigat IRIS Dena, yang menjadi tetamu Tentera Laut India dengan membawa hampir 130 anak kapal diserang di perairan antarabangsa tanpa amaran,” kata Menteri Luar Seyed Abbas Araghchi di X.

“Ingat kata-kata saya: AS akan menyesal dengan tindakan yang telah mereka mulakan ini,” beliau memberi amaran.

Tags:ASIrankapal perangSri Lanka


UK defence minister heads to Cyprus after drone strike

John Healy’s visit comes after the runway of the Royal Air Force (RAF) base at Akrotiri came under attack by an Iranian-made unmanned drone on Monday.

🟡AFP

Malaysiakini lapor polis dana RM3 juta dialihkan

Mkini Group Sdn Bhd dana itu dialih ke entiti pihak ketiga yang disyaki menjalankan skim pelaburan tidak berlesen.

🟡FMT Reporters