KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak mencatatkan peningkatan pagi ini dengan 1,361 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) susulan hujan lebat berterusan sejak semalam.
Di Sabah, jumlah mangsa meningkat kepada 1,020 orang daripada 502 keluarga setakat pagi ini, berbanding 445 orang daripada 143 keluarga, malam tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan sebanyak 40 kampung di tiga daerah terjejas dan kesemua mangsa kini berlindung di lima PPS.
