KUALA LUMPUR: Seramai 1,390 mangsa banjir masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri, dengan Sarawak merekodkan pertambahan jumlah mangsa setakat petang tadi.
Jumlah mangsa di Sarawak meningkat kepada 1,182 orang daripada 301 keluarga setakat 3 petang tadi, berbanding 1,136 orang daripada 286 keluarga yang direkodkan pagi tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan mangsa dari Kampung Sinar Budi Baru, Kampung Sungai Batu, Stapok, Taman Malihah, Kampung Sungai Tengah, Batu Kawa, Kampung Sungai Maong di sekitar Kuching dan Kota Samarahan.
