MatchPoint Times

Home

16 maut dalam letupan gas di Pakistan

Cover Image for 16 maut dalam letupan gas di Pakistan

Wanita dan kanak-kanak antara yang maut manakala mangsa lain yang masih hidup dikhuatiri terperangkap di bawah runtuhan bangunan kediaman akibat letupan waktu sahur.

ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 16 orang maut manakala beberapa yang lain dikhuatiri terperangkap di bawah runtuhan selepas satu letupan gas bahan api menyebabkan sebuah bangunan kediaman runtuh di selatan Pakistan pada Khamis, menurut pegawai, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pasukan penyelamat, dengan bantuan jentera berat dan alat pemotong berusaha menyelamatkan lebih ramai mangsa yang dipercayai masih hidup dan terperangkap dalam runtuhan bangunan di Bandaraya Karachi itu, kata pegawai penyelamat Omair Khan beberapa jam selepas letupan berlaku.

Wanita dan kanak-kanak antara yang maut dalam letupan yang berlaku ketika persiapan untuk juadah sahur pada hari pertama Ramadan, katanya.

Tags:bangunan kediaman runtuhletupan gas bahan apiPakistan


Bunuh kekasih: Mahkamah sahkan hukuman penjara 35 tahun

Bekas pengawal keselamatan, M Gunasegaran, dipenjara kerana membunuh seorang wanita, yang menyuarakan hasrat mengahwini lelaki lain.

🟡V Anbalagan

US imposes sanctions on commanders of Sudan’s RSF paramilitary group

The Rapid Support Forces are accused of perpetrating ‘a horrific campaign of ethnic killings, torture, starvation, and sexual violence’ during the siege and capture of al-Fashir.

🟡Reuters