PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan 14 akaun bank dalam siasatan kes penyelewengan dana pelaburan dikendalikan seorang pakar pelaburan terkenal bergelar Tan Sri membabitkan sekurang-kurangnya 1,700 mangsa.
Setakat ini, dua individu ditahan dengan lima premis di sekitar Lembah Klang digeledah pada Rabu dan Khamis lalu.
Sumber memaklumkan siasatan awal mendapati antara tahun 2021 hingga 2024, sejumlah hampir RM300 juta telah berjaya dikutip daripada kira-kira 1,700 pelabur untuk pelaburan ke atas dua buah syarikat.
