PETALING JAYA: Seramai 19 ahli exco Srikandi Bersatu menyatakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan ketua mereka, Mas Ermieyati Samsudin, yang baru-baru ini melepaskan jawatan ketua bahagian kerana hilang kepercayaan kepada Presiden Muhyiddin Yassin.
Dalam satu kenyataan bersama, 19 termasuk Azmin Ali atas kapasiti sebagai setiausaha sayap, berkata mereka juga hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Ermieyati, berikutan kenyataan dan tindakan yang tidak selaras dengan perlembagaan parti serta prinsip disiplin organisasi.
“Kami menegaskan bahawa segala keputusan, kenyataan, dan pendirian yang dibuat oleh beliau kebelakangan ini adalah atas kapasiti peribadi beliau semata-mata serta tidak mendapat sokongan dan persetujuan kami, exco Srikandi Malaysia mahupun majoriti ketua-ketua Srikandi negeri,” menurut kenyataan.
