PETALING JAYA: Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 199 orang setakat 9 pagi ini berbanding 130 petang semalam.
Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Bintulu dan tiga lagi di Miri.
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, 56 mangsa daripada 14 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Suarah di Bintulu setakat 9 pagi tadi.
