MatchPoint Times

Home

2 bank, 2 syarikat kena penalti gagal patuh AML/CFT

Cover Image for 2 bank, 2 syarikat kena penalti gagal patuh AML/CFT

Bank Negara berkata bank dan syarikat kewangan itu gagal patuhi keperluan berkaitan pelaporan transaksi yang mencurigakan.

KUALA LUMPUR: Bank Negara (BNM) mengenakan empat tindakan penguatkuasaan dengan penalti dan kompaun ke atas dua institusi kewangan dan dua syarikat kerana gagal mematuhi keperluan pencegahan pengubahan wang haram dan pencegahan pembiayaan keganasan (AML/CFT).

Dalam kenyataan, BNM berkata institusi yang terlibat ialah MBSB Bank Bhd, Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Bhd (SME Bank), Boardroom Corporate Services Sdn Bhd dan Ilham Secretarial Services.

Bank pusat itu berkata ia mengenakan Penalti Monetari Pentadbiran (AMP) sebanyak RM560,000 terhadap MBSB Bank Bhd berikutan kegagalan mematuhi keperluan yang berkaitan pelaporan transaksi yang mencurigakan (STR) walaupun transaksi itu menepati kriteria dalaman (tanda amaran) bank berkenaan .

Tags:AML/CFTAMPBNMboardroomekonomiIlhamMBSB BankpenaltiSME BankSTR


Kalau gagal ‘damai’, baik PAS tanding solo, kata mursyidul am

Namun Hashim Jasin berkata PN kini dilihat ‘bergaduh’ dalam selesaikan isu kekosongan pengerusi PN yang berlarutan hampir sebulan.

🟡Anne Muhammad

Pegawai kanan tentera dituduh pecah amanah RM5 juta

Fauzi Kamis mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dana tabung kebajikan tentera dengan melaburkannya dalam sebuah syarikat tanpa kelulusan.

🟡Ho Kit Yen