PETALING JAYA: Seorang ibu dan anak lelakinya berusia 9 tahun maut dipercayai akibat keracunan makanan selepas menghadiri kenduri kahwin di Tawau pada Sabtu.
Suami mangsa, Masran Mohd Amin, 43, mendakwa isterinya, Nazuah Pili, 36, dan anak sulung mereka Mohd Amran, muntah dan cirit-birit teruk beberapa jam selepas pulang dari kenduri itu pada 11 pagi.
Masran berkata, setelah pulang dari tempat kerja, beliau mendapati isteri dan anaknya terbaring di atas tilam di ruang tamu rumah mereka kira-kira 3 petang.