MatchPoint Times

Home

2 bot bertembung, mayat kru hilang ditemui

Cover Image for 2 bot bertembung, mayat kru hilang ditemui

Mayat Rosman Kandau dijumpai 8.37 pagi tadi di perairan Kampung Terusan Baru, 3.4 batu nautika tenggara dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

SEMPORNA: Mayat seorang kru bot penumpang yang hilang dalam insiden pertembungan dua bot berhampiran Jeti Pelancongan Semporna di sini Jumaat lalu ditemui hari ini.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam kenyataan memaklumkan mayat Rosman Kandau, 24, dijumpai 8.37 pagi tadi di perairan Kampung Terusan Baru, di sini, 3.4 batu nautika tenggara dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Menurutnya, ahli keluarga mangsa turut berada di lokasi untuk proses pengecaman, sekali gus mengesahkan identiti lelaki itu dengan operasi mencari dan menyelamat ditamatkan 9 pagi tadi.

Tags:apmmbot bertembungkru hilangSemporna


Floods keep 26 Sarawak schools closed as new term begins

The state education director says the school premises remain flooded, while access roads to residential areas and villages are impassable.

🟡Bernama

PN can’t cling to the past to stay relevant, says Bersatu man

Dr Yadzil Yaakub says while Muhyiddin Yassin had a proud track record, there is no guarantee that the Bersatu president could repeat such feats.

🟡Chia Wan Rou