PETALING JAYA: Dua pembantu rumah warga Indonesia disyaki dijadikan buruh paksa diselamatkan dalam serbuan di Kayangan Heights, Shah Alam.
Ketua Polis Shah Alam Ramsay Embol, berkata serbuan dilakukan pada 2.30 petang, Khamis, dengan mangsa berusia 48 dan 33 tahun mendakwa telefon bimbit dirampas, dipaksa bekerja lebih masa, sering dipukul serta tidak dibayar gaji, sejak dua bulan lalu.
“Seorang daripada mereka bekerja untuk tempoh dua tahun dan seorang lagi sebulan,” katanya menurut Bernama.
