PETALING JAYA: Dua lelaki cedera selepas dipercayai ditembak dalam kereta dalam kejadian dekat Jalan Rasah menghala Tol Port Dickson, pagi tadi.
Kejadian yang turut dirakam orang awam itu menunjukkan seorang lelaki berada dalam keadaan terkulai di bahagian pemandu kereta jenis Perodua Myvi putih, lapor Berita Harian.
Turut kelihatan pada bahagian luar kenderaan dan bahagian tempat duduk penumpang adalah percikan dan tompokan darah.
