MatchPoint Times

Home

2 ditahan muat naik hantaran berunsur ugutan terhadap PM, kerajaan

Cover Image for 2 ditahan muat naik hantaran berunsur ugutan terhadap PM, kerajaan

Dua lelaki ditahan masing-masing disyaki buat hantaran sedemikian di TikTok dan Facebook.

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki berumur 44 dan 45 tahun kerana disyaki memuat naik hantaran berunsur ugutan jenayah, hasutan serta dakwaan tidak benar terhadap kerajaan dan perdana menteri melalui media sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman M Kumar berkata, tangkapan pertama melibatkan lelaki berumur 45 tahun yang disyaki membuat satu hantaran menerusi akaun TikTok bernama Mohd Soie (@mohd.soie3) yang mengandungi unsur hasutan dan penghinaan terhadap kerajaan.

“Tangkapan seterusnya melibatkan seorang lagi lelaki berumur 44 tahun, yang disyaki membuat satu komen berunsur ugutan jenayah terhadap perdana menteri menggunakan akaun Facebook Mdjohan Ngadin,” katanya dalam kenyataan.

Tags:akta hasutanhantaran media sosialjsj bukit amanM KumarPerdana Menteripolis tahanunsur ugutan


Angelina Jolie reflects on family cancer history before ‘Couture’

Angelina Jolie hopes her story will inspire other women fighting the life-threatening disease.

🟡Reuters

RM5,000 after 50 years: But what about the interest?

Malaysia’s past sports champions are finally receiving long-delayed cash prizes — but questions over inflation, accountability and fairness linger.

🟡Frankie D'Cruz