KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini mengekalkan keputusan membebaskan dua rakan daripada satu pertuduhan menipu dua lelaki berkaitan pengedaran 180,000 kotak sarung tangan getah bernilai lebih RM1 juta, empat tahun lepas.
Hakim Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya Khalijah Mohd Khalid memaklumkan pihaknya ingin menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang melepas dan membebaskan Wan Ahmad Farhaan Wan Kia Salleh Noor, 33, serta Mohd Fami Sharin, 51, daripada pertuduhan itu.
“Hari ini ditetapkan untuk sebutan kes ini. Mohon rayuan ditarik balik,” kata Khalijah.