PETALING JAYA: DAP Sarawak perlu menang lebih daripada dua kerusi pada PRN akan datang bagi mengukuhkan semak dan imbang terhadap kerajaan, kata Setiausaha Organisasi DAP negeri, Violet Yong.
Adun Pending empat penggal itu, berkata perwakilan DAP ketika ini tidak mencukupi untuk berfungsi secara berkesan sebagai pembangkang kepada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
“Suara saya (dan suara Adun Padungan Chong Chieng Jen) sahaja dalam DUN tidak cukup.
