MatchPoint Times

Home

2 kru feri terkandas di Korea Selatan ditahan atas kecuaian

Cover Image for 2 kru feri terkandas di Korea Selatan ditahan atas kecuaian

Pengawal pantai berkata dua individu itu menunggu terlalu lama untuk membatalkan mod pandu auto menyebabkan feri terbabit melanggar sebuah pulau tidak berpenghuni.

SEOUL: Pegawai pertama dan seorang kru warga Indonesia sebuah feri terkandas semalaman dekat pesisir barat daya Korea Selatan ditahan kerana disyaki melakukan kecuaian besar.

Dua jurumudi itu disyaki menunggu terlalu lama untuk membatalkan mod pandu auto menyebabkan feri terbabit melanggar sebuah pulau tidak berpenghuni di laluan sibuk ketika ia menghampiri pelabuhan barat daya Mokpo, kata pengawal pantai Korea Selatan.

Queen Jenuvia II seberat 26,546 tan yang boleh membawa 1,010 penumpang dan dilengkapi pelbagai dek untuk kenderaan kargo serta penumpang, terkandas ketika menghampiri Mokpo dari pulau selatan Jeju, tetapi kekal dalam keadaan tegak ketika semua 267 penumpang dan kru diselamatkan.

Tags:ditahanferikecuaianKorea SelatanMokpoterkandas


Ex-minister’s aide given 6 years’ jail, RM8.8mil fine for bribery

Kuala Lumpur sessions court allows Saifullah Minggu a stay of execution pending his appeal to the High Court.

🟡Faisal Asyraf

Residents’ group denies community backed reclamation for landfill project

Protect Karpal Singh Drive also claims to be in the dark over development.

🟡Carolyn K