HANOI: Banjir akibat hujan lebat di Vietnam meragut sekurang-kurangnya dua nyawa dan menyebabkan puluhan tanah runtuh berlaku, lapor media tempatan pada Jumaat sambil memetik pihak berkuasa menyifatkan ia tahun “paling luar biasa” dalam sejarah bencana semula jadi negara itu.
Kawasan tengah-selatan Vietnam dilanda hujan lebat selama beberapa minggu, menenggelamkan ratusan ribu rumah di kawasan pelancongan pantai popular dan menyebabkan tanah runtuh di kawasan pergunungan.
Hujan lebat menenggelamkan lebih beribu rumah di wilayah Lam Dong pada Khamis dan meragut sekurang-kurangnya dua nyawa, menurut Voice of Vietnam.
