PETALING JAYA: Polis menahan dua pengasuh selepas menerima lima laporan empat kanak-kanak didakwa dipukul di sebuah tadika di Saujana Utama, kata Ketua Polis Sungai Buloh, Mohd Hafiz Muhammad Nor.
Hafiz berkata dua wanita itu ditahan hari ini selepas pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut semalam.
Katanya, kejadian dipercayai berlaku antara Julai hingga Ogos tahun lalu membabitkan kanak-kanak berusia lima hingga tujuh tahun.
