JOHOR BAHRU: Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 60.5 Jalan Sungai Rengit, Kota Tinggi awal pagi tadi.
Ketua Polis Kota Tinggi, Yusof Othman, berkata kedua-dua lelaki berusia 18 dan 19 tahun itu mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala serta disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Beliau berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berkaitan kemalangan membabitkan dua motosikal jenis Yamaha Y15ZR dan sebuah lori yang masih belum dikenal pasti, kira-kira 1.24 pagi.