BACHOK: Dua anggota polis bantuan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang disyaki terlibat membekalkan dadah kepada 47 klien Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Serdang, Kedah, akan dihadapkan ke Lembaga Tatatertib esok.
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata tindakan itu menyusul selepas kedua-dua anggota sokongan berkenaan dikeluarkan dari Puspen Serdang dan ditukarkan ke AADK Kedah berikutan penglibatan mereka dalam kes berkenaan.
Beliau menyifatkan tindakan petugas pengawasan yang membekalkan dadah kepada klien itu ibarat ‘harapkan pegar, pegar makan padi’ dan menegaskan kementerian sama sekali tidak akan berkompromi dengan kesalahan memalukan itu.
