PETALING JAYA: Dua anggota polis ditahan kerana positif dadah ketika berhibur di sebuah pusat karaoke di Jalan Loke Yew, ibu negara.
Hasil pemeriksaan mendapati anggota polis lelaki dan wanita itu positif Eramin 5 serta ketamin.
Mereka antara 55 individu, termasuk empat warga asing ditahan dalam serbuan bermula 4 petang semalam oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.