MatchPoint Times

Home

2 suspek kes mercun meletup direman 7 hari

Cover Image for 2 suspek kes mercun meletup direman 7 hari

Suspek yang masing-masing berusia 34 dan 23 tahun itu direman bermula hingga 27 Oktober ini untuk membantu siasatan.

PETALING JAYA: Dua lelaki yang ditahan polis susulan letupan mercun di tepi Jalan Paya Besar, Kulim sempena sambutan Deepavali hingga menyebabkan 22 cedera, direman tujuh hari untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Kulim, Zulkifli Azizan, berkata suspek yang masing-masing berusia 34 dan 23 tahun itu direman bermula hingga 27 Oktober ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan, menurut Berita Harian.

Terdahulu, media melaporkan 22 cedera termasuk seorang parah di dahi dalam insiden letupan akibat pembakaran mercun di Jalan Paya Besar dekat sini, tengah malam semalam.

Tags:Deepavalikulimmercunremansuspek


Abdul Rashid Hussain dilantik semula pengerusi Tabung Haji

Beliau dilantik semula sebagai pengerusi dan anggota Lembaga Tabung Haji bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 20 Dis 2025.

🟡Bernama

Trade ties, Palestine peace on Anwar’s agenda in Trump meeting

The prime minister says his meeting with US president Donald Trump will focus on enhancing trade ties while pushing for peace and justice in Palestine.

🟡Elill Easwaran