PETALING JAYA: Dua set pertama tren perkhidmatan tren elektrik (ETS) yang menghubungkan laluan selatan ke Johor Bahru Sentral telah siap dipasang dan dijangka akan mula beroperasi menjelang Ogos ini, kata Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook.
Beliau berkata, dua set tren jenis Electric Multiple Unit (EMU) itu kini sedang menjalani ujian teknikal termasuk ujian dinamik dan ‘fault free run’.
“Sekiranya semua ujian ini berjalan lancar, tren-tren tersebut dijangka mula beroperasi menjelang Ogos tahun ini,” katanya dalam kenyataan.