PETALING JAYA: Dua warga asing maut, manakala seorang lagi parah selepas tiga penunggang basikal itu dirempuh sebuah kenderaan di Parit Salam, Parit Yusof, Muar, malam tadi.
Ketua Polis Muar, Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata pihak menerima maklumat nahas membabitkan tiga penunggang basikal itu pada 8.45 malam.
Menurutnya, siasatan awal mendapati tiga lelaki berusia 21 tahun itu menunggang basikal melawan arus dari Parit Yusof menghala Bukit Mor.