JOHOR BAHRU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Johor menahan dua lelaki warga Indonesia disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan dadah berhampiran pesisir pantai Forest City, pada 14 Okt lepas.
Pemangku Pengarah Maritim negeri, Kama Azri Kamil, berkata tangkapan itu dilakukan pada 4.30 pagi hasil risikan dan tindakan pantas pasukan Bot Perkasa 43.
Beliau berkata pasukan operasi yang dipecahkan kepada pasukan laut dan darat mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan di kawasan perairan berkenaan sebelum bertindak melarikan diri.