PETALING JAYA: Tahun ini menyaksikan Kementerian Perpaduan Negara mengorak langkah lebih agresif dalam membina masyarakat yang mengamalkan nilai faham, hormat, menerima dan meraikan kepelbagaian.
Empat fokus utama pada 2025 merangkumi ekosistem perpaduan, harmoni Madani, eksplorasi Rukun Negara dan komuniti sosiobudaya.
Melalui tema ‘harmoni dalam kepelbagaian’, kementerian menggandakan usaha dengan menganjurkan 762 program perpaduan sepanjang 2025 – meningkat berbanding 730 (2024) dan 653 (2023).
