MatchPoint Times

Home

21 ditahan, PGA rampas RM20.88 juta makanan sejuk beku

Cover Image for 21 ditahan, PGA rampas RM20.88 juta makanan sejuk beku

Serbuan dijalankan serentak di Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, Beluran, Keningau, Lahad Datu dan Kunak hasil maklumat risikan.

PETALING JAYA: Seramai 21 individu ditahan dan makanan sejuk beku dianggarkan bernilai RM20.88 juta dirampas di tujuh daerah Sabah kelmarin.

Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah, Nor Omar Sappi, berkata 204 pegawai dan anggota pelbagai agensi menyertai serbuan di Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, Beluran, Keningau, Lahad Datu dan Kunak dari 8 pagi hingga 6 petang Rabu lalu hasil maklumat risikan.

“Seramai 21 individu berusia 22 hingga 40 tahun ditahan. Daripada jumlah itu, 17 lelaki dan seorang wanita tempatan serta seorang lelaki dan seorang wanita asing,” katanya menurut Harian Metro sambil menambah semua yang ditahan tiada rekod kesalahan lampau.

Tags:dirampasditahanmakanan sejuk bekuPGASabah


Nepal’s early vote count puts ex-rapper’s party ahead

Balendra Shah’s Rastriya Swatantra Party led in 37 seats, while former prime minister K P Sharma Oli’s UML led in three, early trends from the election commission showed Friday.

🟡Reuters

Wanita disyaki gugur, tanam janin belakang rumah direman

Suspek dikatakan baru dibenarkan keluar hospital semalam selepas menerima rawatan dipercayai kesan tindakannya menggugurkan janin berusia 17 minggu.

🟡FMT Reporters