KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) berjaya menumpaskan 270 sindiket pengedaran dadah menerusi 609 operasi di seluruh negara yang membawa kepada penangkapan 737 individu bagi tempoh Januari hingga kelmarin.
Pengarah JSJN Bukit Aman, Hussein Omar Khan, berkata melalui usaha risikan yang berkesan, pihaknya juga berjaya menyerbu 19 makmal dadah haram dengan penangkapan 52 individu serta empat ahli kimia.
“Berdasarkan operasi tersebut, dadah dan racun seberat 215 tan telah berjaya dirampas dengan nilai pasaran gelap dianggarkan bernilai RM3.1 bilion,” katanya dalam sidang media IPK Kuala Lumpur.
