PETALING JAYA: Tiga Adun Perlis yang digugurkan jawatan sebagai wakil rakyat diminta memulangkan segera aset kerajaan negeri yang digunakan.
Speaker DUN Perlis Rus’sele Eizan berkata, pihak DUN akan memaklumkan mengenai pemulangan keperluan yang diguna pakai Saad Seman (Adun Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (Adun Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (Adun Guar Sanji), yang hilang jawatan sebagai wakil rakyat selepas keahlian mereka dalam PAS dihentikan serta-merta
“Secara automatik (jawatan) gugur, kita bukan pecat tetapi memang diberhentikan, semua jawatan dipegang termasuk wakil rakyat, (aset kerajaan negeri digunakan mereka harus) dipulangkan secepat mungkin,” katanya pada sidang media di Kompleks Seri Putra, Kangar, hari ini.
