PETALING JAYA: Tiga ditahan selepas Jabatan Kastam Kelantan mematahkan cubaan menyeludup lebih 102kg bunga ganja bernilai RM10 juta susulan rampasan di Rantau Panjang minggu lalu.
Pengarahnya, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long, berkata dua wanita dan seorang lelaki ditahan ketika rampasan di pintu zon bebas cukai dan Hentian Bas Rantau Panjang.
Beliau berkata, rampasan pertama pada 10.30 pagi Rabu lalu susulan pemeriksaan ke atas tiga beg ditinggalkan di pintu 1 zon bebas cukai.