PETALING JAYA: Tiga jurulatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) akan didakwa di mahkamah hari ini atas kematian pelatih Syamsul Haris Shamsudin, tahun lalu.
Ketua Polis Negara, Khalid Ismail, memaklumkan tiga jurulatih yang juga pegawai tentera itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi pagi ini.
“Jabatan Peguam Negara telah mengeluarkan arahan untuk pertuduhan ke atas tiga jurulatih di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh orang,” katanya dalam kenyataan.
