PETALING JAYA: Keluarga tiga individu ditembak mati polis di Durian Tunggal, Melaka, mengalu-alukan keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) mengklasifikasikan semula kes itu sebagai bunuh.
Dalam kenyataan bersama, peguam mereka Rajesh Nagarajan dan Sachpreetraj Singh, berkata terdapat ‘bukti yang amat banyak sejak dari awal’ untuk kes disiasat kerana membunuh.
“Ini termasuk audio kejadian, penemuan ahli patologi yang disampaikan kepada kami, serta beberapa gambar.
