MEXICO CITY: Seramai 13 orang terbunuh manakala 98 lagi cedera selepas kereta api penumpang yang membawa 241 penumpang dan sembilan anak kapal tergelincir di atas jambatan berhampiran Nizanda di selatan Mexico pada Ahad, lapor Xinhua.
Kereta api itu dilaporkan menjunam ke dalam gaung ketika dalam perjalanan menuju ke perbandaran Matias Romero, menurut Gabenor Oaxaca, Salomon Jara.
Pihak berkuasa melancarkan operasi menyelamat menggunakan tali dan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam gerabak kereta api berkenaan.
