NEW DELHI: Angka korban akibat disambar petir ketika ribut monsun sejak dua hari lalu meningkat kepada 33 orang di negeri Bihar, timur India, lapor Xinhua.
Seorang pegawai Jabatan Pengurusan Bencana negeri itu pada Jumaat berkata, kebanyakan mangsa terdiri daripada petani dan buruh bekerja di kawasan lapang.
Mangsa cedera dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.