ISTANBUL: Sekurang-kurangnya 33 terbunuh selepas pemerintah tentera mengebom sebuah hospital di negeri Rakhine, Myanmar, pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi memetik laporan The Irrawaddy.
Serangan itu, yang berlaku pada Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa, turut mencederakan 76 yang lain , termasuk 27 yang berada dalam keadaan kritikal.
Penduduk tempatan berkata, sebuah jet tentera telah menjatuhkan dua bom seberat 226kg ke atas hospital awam di daerah Mrauk-U.
