PETALING JAYA: Sebanyak 33 sungai di seluruh negara dikategorikan sebagai tercemar setakat 31 Dis, meningkat berbanding 25 sungai tercemar yang dilaporkan pada 2023.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Arthur Joseph Kurup berkata, sebanyak 171 sungai pula diklasifikasikan sebagai sederhana tercemar, manakala 468 sungai atau 70% dianggap bersih.
Bagaimanapun, Kurup berkata 33 sungai yang direkodkan itu dalam pencemaran Kelas III hingga IV, sambil menambah bahawa tiada kes pencemaran Kelas V dilaporkan tahun lalu.
