PETALING JAYA: Empat ditahan selepas seorang pekerja lombong maut ditikam rakan serumah mabuk di sebuah rumah kongsi di Sungai Bayas, Sungai Lembing semalam.
Ketua Polis Kuantan, Ashari Abu Samah, berkata mangsa yang parah akibat kesan tikaman di dada, dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di Kuantan oleh rakannya dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Beliau berkata, mangsa berusia 42 tahun itu kemudian disahkan meninggal dunia kira-kira 3 pagi ketika menerima rawatan.