PUTRAJAYA: Empat pegawai kanan tentera yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah akan didakwa di mahkamah, kata Ketua Pesuruhjayanya Azam Baki.
Beliau berkata seorang lagi pegawai kanan tentera yang ditahan sebelum ini pula akan dikemukakan laporan tatatertib kepada Kementerian Pertahanan untuk diambil tindakan.
“Siasatan telah siap dan telah dirujuk kepada timbalan pendakwa raya. Keputusannya empat daripada pegawai kanan berkenaan telah dipersetujui oleh timbalan pendakwa raya untuk dituduh di mahkamah.