MatchPoint Times

Home

40 pegawai SPRM Putrajaya turun padang pantau PRN Sabah

Cover Image for 40 pegawai SPRM Putrajaya turun padang pantau PRN Sabah

Ketua Pesuruhjaya Azam Baki berkata bilik gerakan pilihan raya akan dibuka di Kota Kinabalu sebagai pusat operasi utama sebelum diperluas ke daerah lain.

KUALA NERUS: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan pasukan pemantauan bagi memastikan proses PRN Sabah berlangsung telus serta bebas sebarang salah guna kuasa.

Ketua Pesuruhjaya Azam Baki, berkata pasukan itu terdiri daripada kira-kira 40 pegawai dari Ibu Pejabat SPRM bagi memperkukuh pemantauan di lapangan sepanjang tempoh pilihan raya diadakan.

“Kami telah pun bersedia dan menubuhkan satu pasukan di negeri (Sabah). Saya juga telah menghantar pasukan dari ibu pejabat untuk memantau pilihan raya berkenaan bagi memastikan perjalanan pilihan raya itu tidak disusuli dengan isu-isu salah guna kuasa, rasuah atau penipuan.

Tags:Azam BakipasukanPRNSabahSPRM


Chow puji peranan NGO bantu capai kumpulan sukar disasar

Ketua menteri Pulau Pinang berkata NGO dan majlis pengurusan komuniti kampung main ‘peranan positif’ sebagai perantara kerajaan, penderma dan penerima bantuan.

🟡Carolyn K

Lelaki direman 7 hari samun bekas naib canselor USM

Dzulkifli Abdul Razak menerima 15 jahitan di kepala akibat disamun ketika pulang dari solat subuh dekat rumahnya semalam.

🟡FMT Reporters