MatchPoint Times

Home

454 mangsa banjir di 10 PPS Terengganu

Cover Image for 454 mangsa banjir di 10 PPS Terengganu

Dua PPS dibuka di Dungun yang menempatkan 76 mangsa banjir.

PETALING JAYA: Banjir di Terengganu bertambah buruk dengan 454 orang daripada 140 keluarga ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8.25 pagi ini berbanding 205 orang semalam.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, 378 mangsa banjir daripada 110 keluarga berlindung di lapan PPS di Kemaman.

Ia terdiri daripada PPS Dewan Sivik Felda Seberang Tayor dengan 104 orang, Dewan Sivik Kampung Air Putih (88), Dewan Orang Ramai Kampung Air Putih (87), Dewan Orang Ramai Kampung Batu 14 (46), Dewan Semai Bakti, Felda Neram 2 (17), Masjid Kampung Batu 16 Tebak (16), Dewan Ketengah Kampung Dadong (12) dan Sekolah Kebangsaan Lembah Jabor (8).

Tags:BanjirPPSTerengganu


Kes Shafie hina mahkamah didengar 3 Feb

Presiden Warisan Shafie Apdal dilaporkan menghina mahkamah berkait inkues kematian Zara Qairina Mahathir pada 20 Sept.

🟡FMT Reporters

Tang Jie-Ee Wei through to World Tour semis

The world champions came from behind to beat Indonesia’s Jafar Hidayatullah-Felisha Pasaribu in their second group match.

🟡K. Parkaran