KIGALI: Sekurang-kurangnya 47 maut, manakala lebih 56,000 hilang tempat tinggal akibat banjir yang berpunca daripada hujan lebat di Niger, lapor Anadolu Ajansi memetik pihak berkuasa pada Rabu.
Menurut Direktorat Am Perlindungan Awam, banjir itu menjejaskan 7,754 isi rumah di 339 kawasan kejiranan dan kampung.
“Seramai 30 mangsa maut selepas rumah mereka runtuh, manakala 17 lagi lemas.