KUALA LUMPUR: Kira-kira 55 jemaah umrah Malaysia di bawah kendalian sebuah agensi terkandas di Jeddah selepas penerbangan pulang mereka yang dijadualkan awal pagi Sabtu dibatalkan.
Seorang jemaah, Nasarudin Kassim, 57, memaklumkan mereka sepatutnya berlepas pulang ke tanah air pada 1 pagi waktu tempatan, namun dimaklumkan pembatalan itu oleh syarikat penerbangan pada 8 malam sebelumnya.
Beliau berkata, kumpulan jemaah itu kini ditempatkan sementara di sebuah hotel di Jeddah oleh syarikat penerbangan sementara menunggu jadual penerbangan seterusnya.
