PETALING JAYA: Polis membebaskan seorang wanita warga asing dan lima lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan ke atas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tiga lelaki memikul objek disyaki peti besi di Taman Hillview, Hulu Kelang.
Ia selepas hasil siasatan mendapati semua individu itu tidak terbabit dalam kes berkenaan.
Ketua Polis Ampang Jaya, Khairul Anuar Khalid, berkata siasatan menyeluruh masih diteruskan, termasuk memeriksa semua rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan terbabit.
