MatchPoint Times

Home

6 Feb keputusan batal perkataan ‘menghina’, ‘menjengkelkan’ Seksyen 233 AKM

Cover Image for 6 Feb keputusan batal perkataan ‘menghina’, ‘menjengkelkan’ Seksyen 233 AKM

Kerajaan berkata Mahkamah Rayuan terkhilaf apabila putuskan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 tidak berperlembagaan.

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan akan buat keputusan pada 6 Feb sama ada untuk mengembalikan terma ‘menghina’ dan ‘menjengkelkan’ ke dalam versi terdahulu Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM) dalam satu kes penting berkaitan had kebebasan bersuara dalam talian.

Ketua Hakim Negara Wan Ahmad Farid Wan Salleh, yang mengetuai panel lima hakim, menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan selama tiga jam daripada Jabatan Peguam Negara dan peguam bagi aktivis Heidi Quah, responden dalam rayuan tersebut.

Turut bersidang ialah Hakim Nallini Pathmanathan, Hakim Ruzima Ghazali, Hakim Nazlan Ghazali dan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Tags:Akta Komunikasikebebasan bersuarakeputusan rayuanMahkamah PersekutuanmenghinamenjengkelkanmultimediaperlembagaanSeksyen 233


Hong Kong activist investor David Webb dies at 60

Webb, known for campaigning for market transparency and democratic accountability, has died from metastatic prostate cancer.

🟡AFP

Situasi Gaza makin meruncing, misi Global Sumud Flotilla 2.0 bakal digerak

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan terlibat secara langsung.

🟡Bernama