LANGKAWI: Enam lagi mayat imigran dipercayai mangsa bot karam ditemui terapung oleh pihak berkuasa Thailand di perairan sempadan Malaysia-Thailand semalam.
Ini menjadikan keseluruhan mangsa ditemui setakat ini 26 orang, iaitu 13 ditemui masih hidup, manakala 13 lagi meninggal dunia.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Kedah dan Perlis, Romli Mustafa, berkata pihak berkuasa Thailand turut menjalankan operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) di kawasan perairan mereka.
