KUALA LUMPUR: Enam negeri iaitu Pahang, Terengganu, Perak, Negeri Sembilan Sabah dan Sarawak dikenal pasti sebagai kawasan yang terdedah kepada ancaman gempa bumi, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Huang Tiong Sii berkata, kajian pemetaan sesar aktif Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dan Peta Seismotektonik Malaysia mendapati zon sesar di enam negeri itu, yang dikenal pasti terdedah kepada ancaman bencana alam tersebut.
Sehubungan itu, katanya, pengemaskinian Peta Bahaya Seismik Malaysia terbitan JMG dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), universiti tempatan dan agensi teknikal berkaitan kini sedang dilaksanakan.